SAJAK PERPADUAN


IKATAN PERPADUAN 

Malaysia bumiku Malaysia
Terserlah aman dan maju negaranya
Pelbagai rona budaya
Melayu, cina, india hidup bersama
Berpegangan dengan rasa cinta yang sama
Seperti sejenis persahabatan yang tak terungkap
Biar tak sama budaya dan bahasanya
Dan mesranya perhubungan
Itulah yang dinamakan perpaduan

Perpaduan
Menjadi simbolik kekuatan negara
Jika bercerai kita roboh
Bersatu kita pasti teguh
Kita adalah insan sekelompok
Kita adalah insan satu gagasan
Gagasan satu Malaysia

Kerana perpaduan itu
Seperti sejenis syahdu yang bertiup lalu
Tidak tergapai jika tiada kesepakatan 
Hanya dicapai dengan kesepaduan
Kerana perpaduan itu kelangsungan
dan perjuangan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SAJAK BUDAYA DAN WARISAN

SAJAK ILMU