SAJAK ILMU
PERMATA ILMU
Jika gedung ilmu berkunci
Dalam bahtera di lautan
Bukalah dengan kunci baca
Maka misteri karang terbongkar
Kehidupan lebih bermakna
Untuk diri, keluarga dan sejagat
Ilmu itu
Ibarat permata dalam lumpur hitam
Ia harus digali dengan kesungguhan
Dicari dengan kesabaran
Kerana kita seperti pencari
yang dicipta Ilahi
Dan sesiapa menemuinya
Hidupnya senang dan bahagia
Comments
Post a Comment