Posts

Showing posts from April, 2017

SAJAK BUDAYA DAN WARISAN

BUDAYA YANG TERPELIHARA Lenturan muzik dimainkan Lantunan nada-nada indah Suara yang dinyanyikan Begitu merdu memikat hati yang mendengarnya Tarian dan lenggok yang penuh kesenian Menjadi ikutan zaman berzaman Seperti kata orang tua Biar mati anak jangan mati adat Ada puisi-puisi dibacakan Ada alat muzik dimainkan Ada dogengan menjadi tauladan Janganlah dipersia Budaya yang indah harus dikekalkan Sehingga akhir zaman

SAJAK ILMU

PERMATA ILMU Jika gedung ilmu berkunci Dalam bahtera di lautan Bukalah dengan kunci baca Maka misteri karang terbongkar Kehidupan lebih bermakna Untuk diri, keluarga dan sejagat Ilmu itu Ibarat permata dalam lumpur hitam Ia harus digali dengan kesungguhan Dicari dengan kesabaran Kerana kita seperti pencari yang dicipta Ilahi Dan sesiapa menemuinya Hidupnya senang dan bahagia

SAJAK SOSIAL

MASYARAKAT KINI Puluhan, ratusan Semakin hari semakin bertambah Masyarakat didunia yang penuh cerita Namun kebaikan apa yang disumbangkan Namun keburukkan apa yang dibanggakan Jangan lemparkan pancing tiada umpan kerana negara tidak berjasa Jika masyarakat tidak berjaya Sosial masyarakat kini Yang penuh cabaran Arus kemodenan membawa kehancuran Jika tidak diguna dengan akal fikiran Adat harus dijaga Agama harus dipelihara Maka hidup berjaya dapat dikecapi

SAJAK SAINS DAN IT

ERA KEMAJUAN Era ini Sains dan teknologi menuju kemajuan Pelbagai kaedah dicipta untuk manusia Untuk kemudahan dan kemakmuran Manusia diberi akal dan nyawa Supaya dapat mencipta Supaya dapat mengubah Kehidupan yang lebih sempurna Sains dan IT Melengkapi zaman Ada buruk ada baiknya Harus diingati harus diawasi Demi generasi yang bakal memegang dunia

SAJAK AGAMA

AGAMAKU YANG SATU Diriku yang hina Namun diberi kenikmatan yang tak terhitung Ku temukan itu disisi-Mu Terlihat Agung Namamu Tempat terindah hanya milik-Mu Tempat terindah hanya disisi-Mu Ya Allah Aku merintih Dan meminta Kitab tergenggam erat ditangan Kau ajarkan diri ini bersabar di atas setiap ujian Dan tanpa merasa kekurangan Meratap luasnya langit Berharap keluar dari dunia yang sempit Dunia yang fana Di akhirnya bersama orang yang hebat syurga-Mu

SAJAK KEMERDEKAAN / PATRIOTIK

TIADA GENTAR Perjuangan ini untuk negara Bagaimana terbangun aku Terjatuh aku terduduk aku Tak pernah luluh jiwa kemerdekaan Ku hirup udara Legalah dada Ku pijak tanah Tiada gentar Mendengar bisikan semangat Hati meraung 'kita berperang' 'kita berjuang' Berlawan demi kebebasan untuk generasi akan datang Sanggup pertaruh nyawa Demimu Malaysia tanah tumpah darah tercinta

SAJAK KASIH SAYANG / CINTA

IKATAN KASIH Kasih sayang adalah rahmat Tuhan Yang perlu disyukuri manusia Kerana tanpa kasih sayang Hidup seperti Kaduk Kemboja Kasih sayang Menjadi ikatan dalam setiap perhubungan serta ikatan suci yang indah Dirasai oleh setiap hambaNya Kasih sayang keluarga Ibu dan bapa Ibu dan anak Bapa dan anak Menjadi kuasa yang luar biasa

SAJAK ALAM

KEINDAHAN ALAM Alam ini luas terbentang Memukau mata yang memandang Bukit-bukit Laut-laut Hati melompat tanda kesyukuran Bayu lembut menenangkan jiwa Akan ku nikmati tanpa ku hancurinya Daun-daun hijau berterbangan Seperti burung gagak pulang ke benua Bersama menjaga alam ini Kerana alam ini tak ternilai harganya

SAJAK EKONOMI

KELANGSUNGAN HIDUP Kehidupan manusia yang berbeza demi sesuap nasi Ada masa pertahankan Kelangsungan hidup yang dianugerah Tuhan Dengan mencuba pelbagai rezeki Untuk memperkukuhkan ekonomi sendiri Sememangnya ekonomi simbol jaminan kehidupan yang cerah Bagai matahari pancarkan cahaya Untuk kehidupan sejagat

SAJAK PERPADUAN

IKATAN PERPADUAN  Malaysia bumiku Malaysia Terserlah aman dan maju negaranya Pelbagai rona budaya Melayu, cina, india hidup bersama Berpegangan dengan rasa cinta yang sama Seperti sejenis persahabatan yang tak terungkap Biar tak sama budaya dan bahasanya Dan mesranya perhubungan Itulah yang dinamakan perpaduan Perpaduan Menjadi simbolik kekuatan negara Jika bercerai kita roboh Bersatu kita pasti teguh Kita adalah insan sekelompok Kita adalah insan satu gagasan Gagasan satu Malaysia Kerana perpaduan itu Seperti sejenis syahdu yang bertiup lalu Tidak tergapai jika tiada kesepakatan  Hanya dicapai dengan kesepaduan Kerana perpaduan itu kelangsungan dan perjuangan